Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kau Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
Wah sedih pulak dengar lagu ni...lagu ni saya tujukan khas buat pensyarah saya yang akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat phD di USA. Tadi merupakan pertemuan kami yang terakhir sebelum belaiau berangkat pada hujung bulan 12 nanti. Sebelum menamatkan sesi kelas, kami sempat merakamkan memori bersama. Belaiau akan ke USA selama 4 tahun dan apabila pulang nanti kami semua insyaallah telah mendapat segulung ijazah...Jika pensyarah kami berjaya ke tahap itu, sesungguhnya saya pun menanam impian sepertinya. InsyaAllah. Sesungguhnya kata-kata semangat dan tunjuk ajar yang diberikannya akan saya sematkan dihati sampai bila-bila. Sesungguhnya pertemuan yang singkat ini menyimpan seribu kenanangan
PN.NORYANI BT MD.YUSOF
memori yang sempat dirakam bersama
Kami doakan kejayaan cikgu...cikgu juga doakan kejayaan kami..ALL DA BEST PN. NORYANI...
1 comments:
Assalamualaikum.
Ita, terima kasih kerana merakamkan kenangan "kita bersama"..Walaupun sebentar aje cg bersama kalian..di tingkat atas bangunan sains dan berpindah ke bangunan lama Maktab..kenangan itu tak akan cg lupakan..Terima kasih ..doa cikgu sentiasa bersama kalian..
Post a Comment